Domain server terbaik

Assalamualaikum dan selamat pagi,

Hari ni saya akan update story pasal domain server.

So,apa maksud domain ni?

Domain ni lebih kurang mcm dekat mana2 website,dia akan ada .com,.net,.my dekat hujung dia
contoh mcm mudah.my,lazada.com.my



So,bila dh ada domain ni,org akan nmpk website kita lebih professional.Benda ni penting kalau anda menjalankan bisnes sebab ia akan wujudkan trusted dekat pelanggan anda.Pelangan akan lebih yakin dengan produk atau perkhidmatan anda.

Untuk gunakan domain ni,anda perlu membeli daripada mana-mana syarikat yang menjual hosting ni.Antara hosting yang top di malaysia ni

1)Exabyte
2)Serverfreak
3)Sempoi hosting
4)Siteground
5)klhost
6)klserver

Itu antara list yang agak glamour dekat malaysia

Macam saya,saya gunakan hosting serverfreak sebab support dia 24/7 dan sangat pantas,kiranya senang la kalau ada sebarang pertanyaan atau masalah.

Untuk setup dia pun agak senang sebab semua guidelines dia memang dh disediakan.

So,untuk korang yang nk join atau beli hosting daripada serverfreak ni,boleh klik di sini.

Harga yang ditawarkan pun sangat berpatutan

Review Kereta Perodua Axia

Ok,saya akan buat sedikit review mengenai Perodua Axia,

Untuk makluman,saya telah menggunakan perodua axia pada tahun 2016 hingga sekarang(2019).Kira-kira hampir 2 tahun lebih.


Axia Saya

Ok,first saya akan review daripada body & luaran kereta ni.Axia ni daripada depan memang nampak garang skit walaupun tanpa bodykit.lebih kurang aerodynamic skit rekaan dia.Axia ni nampak besar skit daripada model bawah dia (perodua viva)






Axia ni nampak tinggi daripada ground clearance dia (hehe,senang nk offroad la),kiranya xde masalah kalau lalu laluan yang berbonggol-bonggol.Macam saya,saya pakai model axia G spec.Axia G spec ni,dia dah siap dengan sportrim 14 inci.

Interior axia pula memang kemas dan sedap mata memandang.cuma agak kurang skit daripada tempat letak air dekat depan.saya rasakan tempat letak air dia terlalu rendah.Lagi satu,ruang untuk simpanan barang dekat bahagian depan,tidak disediakan ruang untuk letak dompet,phone atau barang-barang lain di depan.Untuk tray laci dashboard pula,tidak terlalu besar.(Maybe sebab nk nmpakkan design aerodynamic bahagian dalam)



Axia ni dia gunakan sistem elektrik steering,memang terasa ringan steering dia.Macam saya yang dah biasa gunakan steering manual(tanpa elektric steering & power steering),dia pnya feel ringan tu memang terasa la.

Sistem audio & radio yang digunakan dalam axia ni juga memang agak terbaik (original perodua),cuma model saya tidak didatangkan dengan usb.Sistem aircond axia juga cepat sejuk (kereta lama saya lambat skit) :-) .

Dari segi keselesaan,tidak dapat dinafikan,axia ni memang sedap naik.daripada luar nampk kecik,sekali masuk dalam memang luas.Jalan jauh memang xde masalah.



Untuk engine pula,axia guna engine 1.0 dohc,memang sedap.walaupun axia gunakan 3 piston,tapi bunyi dkt dalam ruang cabin agak senyap.Untuk penggunaan minyak memang sangat berbaloi dan menjimatkan.Axia gunakan sistem eco (macam saya biasa ulang alik daripada shah alam ke pulau pinang) penggunaan minyak dalam rm30.Saya gunakan axia untuk ulang alik daripada rumah ke tempat kerja(anggaran perjalanan dalam 55km sehala),kira untuk mingguan tu saya akan isikan rm30


Axia ni agak ringan sedikit,tapi dia pnya pergi...memang laju.bak kata orang power to weight ratio dia memang kena la..hehe(so korang kena la pandai-pandai control pedal minyak dia) :-)

Cuma daripada segi pickup axia,dia agak lambat skit(maybe sebab sistem eco) dia.

So,itu dulu review daripada saya.sebenarnya banyak nak review ni,tapi nanti saya akan reviewkan lagi.

SPIDER-MAN: FAR FROM HOME TRAILER

Ha, hari ni saya akan update pasal movie.
Esok 3 Julai 2019 akan keluar movie SPIDER-MAN: FAR FROM HOME. Saya dah tengok trailer dia agak menarik

Jangan lupa beli tiket awal-awal sebab takut penuh dekat panggung.

Saya kongsikan sedikit trailer spiderman tersebut:

:-)