myTNB mudah dan cepat bayar bil elektrik

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Hari ni baru sempat update,so hari ni kita update skit post pasal applikasi myTNB,korang pernah pakai x?

Berbalik kepada topik dkt atas,aplikasi myTNB dibangunkan oleh TNB  bagi memudahkan korang untuk menyemak dan membuat bayaran bil elektrik.Ye la kan,time pkp mcm ni,susah kot nk bayar bil manual.


Korang boleh download aplikasi myTNB ni dkt google play.lepas tu kena register,x kisah la korang owner atau penyewa.nanti dekat situ ada tulis.lepas tu masukkan no bil korang.nanti korang sign in lepas tu boleh la view bil korang tu.Senang nak buat anggaran penggunaan elektrik korang.

Bagi saya,aplikasi myTNB memang senang pakai dan simple,untuk penggunaan bulan 3,korang boleh semak dia akan sama dengan penggunaan bulan 2 sebab pkp hari tu kan.tapi tnb dah maklumkan akan membuat adjustment pada bil berikutnya.

Statistik penggunaan akan dipaparkan macam dekat atas.(Penggunaan sy sikit je sebab x pakai bnyk elektrik). Apa-apa pun terbaik dan memudahkan pengguna membuat semakan dan bayaran (kadang-kadang bil lambat sampai rumah).

Perintah Kawalan Pergerakan PKP dilanjutkan lagi

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Petang tadi kita telah mendengar pengumuman khas oleh Perdana Menteri kita.

Mungkin sebelum ni ramai yang tertanya-tanya samada PKP yang dijangka bakal berakhir 14 April ni dilanjutkan lagi atau tidak.So,menerusi pengumuman Perdana Menteri tadi,PKP akan dilanjutkan lagi sehingga 28hb April ni.

Langkah ini bertujuan bagi mengawal dan memastikan covid-19 berada di tahap sifar.Mungkin juga ramai yang sudah berasa bosan atau stress di rumah atau mungkin juga ada suka berada dirumah.Ye la,sapa yang tak risau kan takut kena virus ni.
Nak tak nak,kita kena  memastikan rantaian covid-19 ni terputus,barulah kita boleh menang dalam peperangan menghadapi virus ini dan boleh teruskan kehidupan seperti biasa.(Mungkin ada yang dah ketagih nak lepak mamak.hehehe)

Untuk makluman,Covid-19 ni melibatkan seluruh negara dan banyak negara telah melakukan lockdown,Malaysia juga tidak ketinggalan mengambil langkah yang tepat & cepat telah diambil oleh Malaysia untuk mengekang penularan covid ni.Malaysia merupakan antara negara yang dapat mengawal covid ni.Kerjasama daripada semua rakyat Malaysia mungkin akan dapat memutuskan rantaian covid ni.

#kitajagakita #stayathome #dudukrumah

Jana duit dengan Google Adsense (Beginner)


Jana duit dengan Google Adsense (Beginner)

Mesti ramai yang pernah dengar Google Adsense kan.Dia merupakan satu pengiklanan yang ditawarkan oleh google kepada kita.Google adsense boleh diletakan di mana-mana platform contohnya youtube,games dan blog. Dan…ramai blogger menggunakan google adsense ni untuk menjana duit.


Bayaran Google Adsense ni pula dibayar mengikut kiraan tertentu dan dibayar dalam currency USD.Tapi untuk blogger,korang kena pastikan income 100USD keatas.Dan bayaran tersebut akan dibuat setiap 21hb.
So,berapa sebenarnya yang Google Adsense ni bayar dekat korang kalau kita letak iklan??Ok,secara kasarnya bergantung kepada beberapa jenis antaranya:

  • ·         Banner Ads – per/click 0.01 USD
  • ·         Video Ads- Antara 0.15 USD hingga 0.25 USD
  • ·         Ads Impression-setiap 1000 views-0.035 USD




Untuk blog,pastikan korang ada blog sendiri,then korang sign up google adsense,linkkan ke blog korang,lepas tu tunggu google approve untuk letak ads korang tu.Ha,dekat blog pulak korang pastikan ada ruang untuk letak iklan dan settingkan untuk automatic ads,senang nanti google yang akan uruskan placement untuk iklan korang tu.

Untuk pastikan korang dapat full payment,pastikan artikel korang tu relevan,menarik minat,mempunyai info terkini. Saya pun sebenarnya baru belajar dan sedang explore lagi Google Adsense ni.Nanti saya akan update lagi informasi yang terkini

Baofeng bf888s review dan ulasan, berbaloi ke?

Assalamualaikum,

Berbalik kepada topik hari ni,baofeng bf888s berbaloi ke?maybe ramai beginner walkie talkie tertanya-tanya kan,dari segi ketahanan,batery & lain-lain.

Berdasarkan pengalaman saya(xde lama sangat,haha) yang pakai walkie ni.Saya mula terjebak untuk main walkie talkie ni sejak ada group konvoi.Sebelum pakai walkie ni,banyak jugak walkie yang sy survey dulu dan saya agak tertarik dengan bentuk dan harga yang ada pada walkie ni.Baofeng bf888s boleh dikatakan antara walkie talkie yang terbaik dan berbaloi untuk dimiliki.(Terbaiklah baq ang..haha).Sebab apa sy cakap berbaloi.Jom tengok bawah.

1)Harga
-Harga walkie talkie baofeng bf888s adalah antara ya g termurah(dapat sepasang pulak tu),nak beli satu pun boleh.Range harga masa sy beli dulu dlm rm90 sepasang.murah kan..tu pun jenuh cari merata tempat.

2)Ketahanan
-Bab ni penting,dah ada walkie mesti la nk yang tahan lama dan lasak kan.Walkie ni biasa org pakai untuk aktiviti lasak.Kalau untuk konvoi & acara memang lagi tahan lama la.kira kalau walkie jatuh pun ok lagi.macam nokia 3310 dulu.haha

3)Batery
-Batery untuk walkie ni boleh dikatakan agak baik,sebabnya ikut pengalaman sy pakai,kita charge skali je bagi penuh.then boleh pakai dalam sehari lebih jgk.(Heavy use).kalau lite use memang lgi lama la.,silap2 boleh smpai seminggu.haha.Charger dia pun senang pakai.

4)Range & coverage
-Range untuk walkie baofeng bf888s pun agak jauh.Biasanya macam sy pakai masa konvoi range dalam 3-5km masih clear lagi.Bergantung kepada tempat dan kelapangan.Kalau jalanraya kan dia kawasan terbuka,so range dia memang jauh.kalau kawasan tertutup dia agak slow skit la

5)Aksesori
-Dah harga murah,aksesori dia pun sama jgk la..haha.aksesori yang sy ada untuk baofeng ni macam earphone,mic push to talk(ptt),car charger(pakai untuk konvo,long antenna(lagi jauh jarak).Harga untuk aksesori x mahal sangat,earphone boleh dapat dalam rm10 satu,push to talk tu x silap sy dalam rm15-20 mcm tu.

6)Legal
-Untuk walkie talkie baofeng bf888s ni,korang x payah apply untuk exam RAE(Radio Amateur Exam) pun dan ambk callsign.Free je & legal dipakai,tapi jangan la guna untk tujuan x elok ye.Sebab tu kita tengok ramai yang pakai walkie ni.

7)User friendly
-Walkie talkie baofeng ni memang sangat user friendly,butang dia pun senang je.Ada 2 butang pusing dekat atas,satu untuk adjust channel(ada 16 channel), satu lagi untuk on off dan volume.Simple kan,dkt tepi dia ada butang push to talk dan sebelah lagi untuk masukkan earphone.

Bagi sy memang betul-betul berbaloi la untuk beginner & sesiapa yang nak mula main walkie ni.Sy pun simpan dan pakai bila ada keperluan.Kalau dah minat teruskan je beli walkie ni.hehe.Sekarang rasanya harga walkie ni dh murah dah.





Bantuan Prihatin Dah Masuk

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Minggu ni mesti ramai yg menunggu duit BPN(Bantuan Prihatin Nasional) dah masuk ke belum.Ada jugak yg setiap hari pergi check dkt machine atm. 

Untuk makluman,minggu lepas dah ada pengumuman Bantuan Prihatin Nasional ni masuk bermula 6 april 2020 secara berperingkat.Mungkin ada yang dah masuk awal,tapi rasanya dalam minggu ni mungkin ramai yang dah masuk.

Sy dapat info,semakan bantuan prihatin ni nak tau masuk ke x,kita boleh semak dkt website bpn lhdn.
Just masukkan no ic,tekan pengesahan nanti akan keluar la jumlah lulus bantuan,kalau duit dah masuk,dia akan keluar status berjaya kredit.Untuk makluman juga(bagi yang berkeluarga),duit BPN tu akan masuk ke akaun orang rumah ye.huhu.

Pada pendapat sy,kalau untk warga emas atau orang yang x ada kemudahan internet,mntk tolong anak-anak atau org yang ada akses kemudahan internet tolong semakkan,sebab agak kesian jgk diorang nak kena ulang alik ke atm untuk buat semakan.kalau yang dh masuk ok la berbaloi jgk(lama jugak nak beratue untuk ambk duit dkt atm machine),bayangkan kalau dah beratur lama,duit tu x masuk lagi.emm,memang agak hampa jgk la kan.

Oh ye,yang saya punya pun baru masuk,tu pun terpikir nak semak online semalam 9hb april Bank Simpanan Nasional.So,lega la sikit belanja dapur bulan ni.Pada yang dah dapat duit tu,berhemahla berbelanja ye.

Basuh sayur dengan sabun

Assalamualaikum & salam sejahtera,

Berbalik kepada topik,perlu ke basuh sayur dengan sabun?Ye la,kan PKP(Perintah Kawalan Pergerakan) mesti ramai yang risau virus Corona atau Covid-19 ni kan.Kot-kot virus tu melekat dkt sayur dan tidak hilang.

Jom tgk dekat maklumat bawah,sy sempat screenshot tadi

 
So,jelaskan,sayur yang dibeli,kita basuh dan bilas dengan air bersih.Tapi memang dkt pasaran ada jual sabun khas untuk basuh sayur.Kalau pakai sabun basuh pinggan biasa..memang memudaratkan la.huhu

Bantuan Prihatin Nasional (BPN) Diagihkan Awal

Assalamualaikum & Salam sejahtera,

Seperti yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri,Bantuan Prihatin Nasional (BPN) yang bertujuan membantu dan melindungi kebajikan rakyat akan mula diagihkan bermula 6 april 2020 secara berperingkat.

 
Bantuan Prihatin Nasional pada mulanya diumumkan akan diagihkan pada pertengahan april sehinggal akhir april ini,tetapi semalam saya tengok ada yang update bantuan akan mula diagihkan bermula isnin ini 6 april 2020 secara berperingkat.

So,mungkin ada yang tidak tahu untuk semak status atau tidak menerima sms status bantuan ini,bawah ni saya sertakan link untuk semakan samada anda dapat atau tidak bantuan ini.



Stepnya mudah je..masukkan no ic dan akan keluar status samada layak atau tidak beserta jumlah bantuan.

Psst: Dah dapat bantuan prihatin tu,gunakanlah secara bermanfaat dan tidak membazir.

Cara Instant Transfer BSN(Bank Simpanan Nasional)

Assalamualaikum & salam sejahtera,

Ok,untuk post kali ni,saya nak share cara macam mana nak buat instant transfer daripada bank bsn(bank simpanan nasional) ke bank lain.

Kalau kita biasa login mybsn,dkt menu transfer memang bsn xde menu untuk item transfer.So macam mana nak buat instant transfer ye..

Ok,senang je.untuk makluman korang,untuk buat instant transfer,korang kena g atm bsn atau atm yg ada meps.

Step first,masukkan kad bsn,kemudian masukkan no pin

Step kedua,pilih pindahan segera

Step ketiga,masukkan jumlah yang kita nak transfer

Step keempat,masukkan bank penerima,kalau xde paparan bank,pilih butang lagi cari sampai jumpa bank penerima

Step kelima,masukkan no rujukan(boleh create sendiri)

Step keenam,masukkan no akaun penerima,lepas tu pilih confirm.make sure nama penerima betul,lepas tu tekan confirm.

Dah selesai..so nanti dia akan print resit..korang simpan la resit tu nanti

Senang je sebenarnya,sy pun asalnya x tau sangat,tapi refer dekat kawan2 baru faham.hehe.