Review pasang hazard light/double signal lagenda 115 fi

Assalamualaikum & salam sejahtera,

Ok,Hari ni sy akan buat sedikit review ringkas lepas dah pasang double signal /hazard light dekat lagenda 115 fi ni.

First sekali,motor lagenda standard memang xde double signal ni.

So,sy decide untuk pasang double signal,salah satu sebabnya senang nk park/berhenti dkt tepi highway/jalan time hujan/emergency.

Benda paling utama skali,kena beli ni
Double signal espada untuk lagenda 115 fi/srl 115,benda ni senang je,just plug & play je,untuk pasang boleh tengok dekat youtube atau hantar ke kedai(sy x buat review pasang2 ni).Dlm ni make sure dia sertakan sekali dengan relay(kalau xde relay memang x jadi double signal tu.

Lepas dh pasang,korang akan perasan,dia ada gap)x berapa rapat sangat lekat dekat motor,tapi actually ok je & korang akan rasa kekok skit mula2..

Switch dia akan rasa mcm tinggi sikit & korang kena biasakan lepas bagi signal samada kanan atau kiri,make sure korang tekan balik button tengah.Untuk bagi double signal,korang tolak je ke kiri dan ke kanan.Nak adjust laju lampu signal tu,korang adjust dkt skru relay..

Oh ye,lagi satu,lepas pasang switch ni,korang boleh adjust lampu tinggi,rendah & off lampu depan.

Beli Motor Baru Lagenda 115 fi (SRL115)

Assalamualaikum dan salam salam sejahtera,

Setelah sekian lama tidak update,jom sy sharekan pengalaman sy beli motor baru.

So,nak beli motor baru bukanlah satu benda yang mudah,banyam faktor2 yang perlu diambil kira dan paling penting adalah kesesuaian penggunaan.

Bagi sy,semasa mula-mula hendak memilih motor,terdapat beberapa kriteria jugak untuk beli motor ni contohnya:

1) Maintenance (lagi murah lagi ok la)

2)Jimat minyak (ni priority sebab mmg tujuan asal nak jimat minyak,untuk makluman sy ulang alik tempat keja (naik kereta) dgn rumah anggaran minyak dalam 300-350 sebulan

3)Senang nak bawa barang/bakul(yang ni penting jugak,biasa la motor abah2,nak bawa anak lagi,beg lagi)

4)Praktikaliti &senang cilok(Jalan yang slalu sy lalu memang agak jammed jugak pagi2-laluan guthrie shah alam,yang biasa lalu guthrie dkt area stadium shah alam tau la jammed dia mcm mana)

5)Bukan motor panas(ni pun kena ambk kira jgk,memandangkan sy duduk kawasan apartment & slalu jadi kes motor hilang)

6)Design (Design motor pun jadi faktor jugak untuk pilih motor,kalau boleh kita mesti la nak design yang latest kan)

7)Budget (ok,budget kita kena tetapkan berapa anggaran yang kita mampu bayar untuk beli sesebuah motor

So,lepas ambk kira semua faktor dkt atas,sy buat pilihan tolak tambah semua dapat la,honda wave 125 fi & lagenda 115 fi 


Actually dua -dua motor ni sy dah test ride.Last2 sy decide lebih kepada lagenda 115 fi (srl 115) sebab dari segi design & lagenda ni macam compact sikit dari wave 125(x caya boleh tgk wave 125 memang besar skit)

So,keputusannya sy ambk lagenda 115 fi
So,warna pilihan sy adalah merah,so,kita terus pasang givi box,senang nk angkut2 barang nanti. Harga masa beli ni x silap sy dalam RM5500 sebelum penurunan harga.

Dari segi design memang motor keluaran yamaha ni menang,dari segi pickup ok,maintenance pun murah & paling penting jimat minyak sebab sistem fuel injection dia.

Pakej Perlindungan Rakyat & Pemulihan Ekonomi(PEMULIH)

Seperti yang kita ketahui,Perdana Menteri Malaysia telah mengumumkan Pakej Bantuan kepada rakyat(PEMULIH), dan graf adalah sepeti di bawah:

Info:Fb MKN