Spec Dan Ciri Kereta Abah-Abah

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Ha,tadi dah cerita bab motor spec abah-abah kan,so sekarang kita ke bab kereta pulak..Kereta Spec Abah-Abah.

Korang pernah dengar kereta abah-abah kan?Apa tu kereta abah-abah?Jom kita tengok(dari pendapat sy)

Biasa kalau sebut kereta abah-abah,benda first sekali mesti korang akan fikirkan bab design kereta kan..
Tu pandangan first kita bila ckp kereta abah.Tetapi pada zaman moden mcm sekarang,kalau sebut kereta abah-abah..Boleh tahan hebat & kemas design kereta.Ada yang dah modified tapi tidak la terlalu extreme.

Kereta abah-abah ni biasanya selalu digunakan hari-hari & ada juga yg digunakan weekend days.Biasanya kreta ni digunakan untuk bawa family pergi jalan2,balik kampung.Jom kita tengok sikit spec kereta abah-abah.

1)Design
Kereta abah-abah design x penting sgt,sekarang boleh dikatakan banyak pengeluar kereta dh keluarkan design yg menarik & bergantung kepada minat kita.
2)Praktikal
Kereta abah-abah ni memang kena betul2 praktikal,maksud sy dari segi kegunaan samada di pusat bandar & luar bandar dan tak kira samada sedan,mpv & suv.Cth:Kalau masuk bandar & bawa family biasanya kena pakai kereta auto,ye la kan..dekat pusat bandar jammed boleh tahan jugak.Penat jugak kalau pakai manual.
3)Ruang bawa penumpang & barang
Ni pun spec yang kita boleh tengok dekat kereta abah-abah,walaupun kereta kecik sekalipun,mesti ada ruang yang sesuai & selesa untuk bawa barang dan penumpang.

4)Performance & aksesori
Kereta spec abah-abah ni biasanya kereta standard tahap kilang,so macam mana kilang keluarkan,mcm tu la dia akan pakai.Ekzos pun senyap,nk bagi family selesa.Rim pun kadang-kadang pakai rim kompang je.(ada jugak yg dh siap dengan rim)

So,mcm tu la serba ringkas spec kereta abah-abah,dalam kereta pun kadang-kadang kemas,kadang -kadang x,biasa kalau ada anak ramai memang susah nk kemas2 kereta,benda wajib dan biasa ada dalam kreta spec abah-abah biasanya tisu,payung,plastik(standby),kain,carseat,bantal buat anak or isteri baring2.So,korang ada apa2 lagi nak tambah?komen je dkt bawah..


Spec Dan Ciri Motor Standard Abah-Abah

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Kalau kita sebut je motor abah-abah,mesti ramai yg boleh bayangkan standard motor abah-abah ni macam mana kan.

Apa maksud motor abah-abah ni??So ni berdasarkan pendapat sy(kita fokuskan dekat motor kapcai),Motor standard abah-abah ni,biasanya motor yg memang digunakan hari-hari x kira samada short distance atau long distance.Motor ni pun selalu diguna nak g keja,pasar,kedai makan,ambk anak,hantar orang rumah,ride santai2.Kira senang crita motor tahap standard la..tapi standard bukan biasa-biasa :-),motor macam ni kalau modified biasa fokus dekat aksesori.

So,x nak cerita panjang sangat jom kita tengok apa ciri-ciri yang wajib atau perlu ada dekat motor standard abah-abah ni ;-) .

1) Bakul depan
Bakul ni memang benda wajib ada,ye la kan..nama pun motor abah2,ada bakul senang nk bawa barang,beg anak lagi,x masuk lagi beg/barang isteri lagi,nk beli barang2 lgi.Lagi besar bakul lagi ok kan.

2)Monorack & box belakang
Ok,yg ni pun mmg kena pasang,kadang-kadang bakul motor memang x cukup dan muat nk letak barang & kita perlukan ruang tambahan,contohnya bawa baju hujan,helmet tambahan
3)Ekzos standard
Ekzos motor spec abah2 ni biasanya(kebanyakan)diorang pakai ekzos standard,..& biasanya diorang x nak banyak cerita kalau trjmpa roadblock.

4)Rim & Tayar
Rim motor abah2 pun bukan kaleng2 jgk,biasa diorang suka pakai rim yg x menyerlah sangat.Tayar motor spec abah2 ni biasa tayar size standard & kalau tukar pun maybe tukar ke tayar yg besar sikit.Untuk safety jgk kan.

5)Performance
Macam yang kita tau,spec motor abah2 ni biasanya jarang org tukar2 modifed dekat engine,diorang akan stay dengan enjin standard kilang.

Motor abah2 sekarang pun spec dah padu.Performance,design pun smart dah,contoh mcm motor honda rs,yamaha y15,y16,lc,wave.

So,kesimpulannya,memang motor abah2 ni biasanya spec standard & kebanyakan tambah aksesori je.

Review Brake Disc Besar Depan Lagenda 115/srl 115

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Untuk entry kali ni,sy akan buat review ringkas sikit penggunaan brake disc besar depan dekat lagenda 115 fi.

Brake motor ni salah satu function yang sangat penting untuk sesebuah motor.Lagi bagus kalau brake tu dilengkapi dengan sistem abs.

Macam yang kita tau,brake disc depan asal lagenda ni x silap sy saiz dlm 245mm.Brake asal lagenda ni pun sebenarnya ok je,memang dia cengkam elok.Cuma yang sy perasan,bila bawa penumpang,brake dia macam agak lambat respons dan kurang sikit dari cengkaman dia.

So,sy plan untuk upgrade kepada brake yang lebih besar untuk dapatkan lebih respons dan cengkaman.

Lepas survey2 brake disc ikut budget dan yg berkenan,sy memilih brake disc kingdrag 265mm, dan bracket lc 4s.Anggaran harga masa beli untuk disc dlm rm65,bracket rm10.Memang ngam masuk dekat motor.Lepas dh pasang,brake hose kena adjust sikit kedudukan dia sbb dh pakai disc besar.Bracket pun kena ketatkan elok2.

Brake ni memang smart, lawa dan cun habis masuk dkt lagenda ni.Brake jadi lebih cengkam,disc pun kurang panas(maybe sebab size dia yang besar),lgipun sy x selalu bawa agresif sangat :-).

Gambar ni lepas pasang brake disc,dekat hose bracket tu gambar sebelum sy adjust &pasang skru,ikat guna cable tie dulu,skg dh pakai skru.

Bila bawa penumpang pun brake lebih cengkam & respons brake memang baik,sy dapat hentikan motor dengan segera.Brake pad masih gunakan brake pad standard,tunggu lepas ni baru upgrade lain.

Untuk kegunaan harian & ulang alik keja memang xde masalah setakat ni.

Brake belakang masih gunakan brake drum standard.Yg tu next plan rasanya.So buat masa ni,yg ni dulu review ringkas sy,nantikan entry sy lagi nanti.