Rak Ikea Mana Yang Sesuai Untuk Coway

Rak Ikea Yang Sesuai Untuk Coway?

Assalamualaikum & Selamat pagi.

Update terkini dari saya lepas lama tidak update.

Kita cerita pasal rak ikea pulak hari ni,
korang yg pakai penapis air coway & mempunyai tempat terhad untuk letak machine coway tu mesti pening nk letak dekat mana yg sesuai kan,lagi-lagi kalau korang yg duduk rumah apartment yg agak terhad ruangnya.

Bermula dari situ,sy cuba survey-survey rak jenis apa yg sesuai.Rak tu pulak x nak la yg besar sgt,nanti makan ruang pulak kan.

Lepas buat pencarian2 sy terfikir apa kata cuba tgk dkt ikea,sbb rak dkt ikea pun design dia cun jgk.lepas belek2 online,sy jumpa rak yg sesuai.Rak Sunnersta ikea,betul2 ngam dengan machine air coway.

  Rak sunnersta bentuk mcm ni.design dia memang cun,tahan lasak.Ngam2 dengan machine air coway tu.

Jadi sy pun pergi la ke Ikea beli rak tu.Harga promosi sekarang ni RM99 je guys.Nak puas hati,korang g ke ruang pameran dulu,belek2 dulu.Sy pun mulanya x yakin sebab takut rak ni x muat dan tahan dengan berat machine coway ni.

Dah siap beli,kita pasangkan rak ni,masukkan machine coway ni.

Dah siap pasang macam ni,gambar ni sebelum sy kemaskan rak ni.So machine coway ni nampak tersusun kemas la..dpt jimatkan ruang dapur korang..hehe

So sy sangat recommendkan korang untuk rak sunnersta ikea ni.Sesuai denga harga dan penggunaannya RM99 



Homemade Satay Guna Oven

Assalamualaikum, sudah lama sy tidak update maklumla kekangan masa sikit.

Untuk entry kali ni,sy nak cerita pasal homemade satay guna oven.Kita cuba buat satay guna oven.Ye la,duduk bandar kan/apartment x boleh suka hati bakar2 ada asap nk.

Sebenarnya senang je nk buat satay ni,cuma perlu pastikan semua barang2 ada.Jom tengok ;-) satay versi simple saya buat satay 1 kg ayam

Bahan utama: 
1) Ayam (better ambk bahagian yg ada isi) sy gunakan ayam frozen bone in cube sbb ada lemak2 sikit.potong ayam kecik2 bgi senang nk cucuk dkt lidi nnti
2)Lidi satay(rendam dalam 2 jam atau sehari sebab x nak lidi hangus masa dalam oven nanti)
Bahan Perap (Blend):
1)Bawang besar/merah anggaran dalam 3-4 biji (potong untuk blend)
-Saya gunakan dalam 3 biji sebab bawang besar
2)Bawang putih dalam 4-5 ulas
3)Serai dalam 1-2 batang potong nipis2
4)lengkuas dlm 3-4 cm
5)Halia anggaran 3-4 cm
6)Kunyit hidup 3-4 cm 
7)Gula merah 1 sudu besar

Dah siap blend campurkan dengan bahan bawah ni:

Bahan tambahan (Sangai dan tumbuk)
1)Jintan putih 2-3 sudu
2Jintan manis 2-3 sudu
3)Biji ketumbar 2-3 sudu
Tambah minyak masak skit dalam 2-3 sudu
Campurkan semua ni,lumur2 dekat ayam.lepas tu masukkan dalam bekas simpan & perapkan.biasanya paling cepat dalam 1-2 jam,nak sedap perap sehari.

Sambil perap tu boleh siap2kan bahan nak sapu dkt satay masa bakar nanti

Bahan minyak (boleh bancuh masa nak bakar satay)
1)Minyak masak dlm 1+2 sudu besar
2)Gula putih 1 sudu
3)Air masak 1-2 sudu besar
4)Buah keras(tumbuk halus)
5)Serai dalam 1-2 batang ikat & tumbuk2 dekat pucuk dia.nak buat mcm berus
(Campur semua ni,kacau2 sikit)

Jom Masak
1)Lepas dh siap perap ayam dengan lidi satay semua dh ready,cucuk ayam dkt satay ikut susunan
2)Masukkan dalam oven,make sure oven dh panaskan dulu (suhu dalam 180+200) anggaran masa dalam 30-40 minit
3)lepas tu masukkan satay,nak guna yg pemanggang boleh,yg tray biasa pun boleh.make sure korang sapu skit tray dgn mnyak takut satay melekat nanti
4)Set masa dalam 30-40 minit suhu 180-200.Lepas tu buat anggaran agak2 setiap 15 minit sekali korang sapu2 satay guna bahan minyak.Kalau last result nanti satay macam kurang masak tambahkan sikit lgi masa
5) Dah siap boleh la makan..hehe sy kurangkan sikit jumlah minyak dalam satay

Untuk kuah kacang boleh buat asing..kuah kacang pun senang je nk buat





myTNB mudah dan cepat bayar bil elektrik

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Hari ni baru sempat update,so hari ni kita update skit post pasal applikasi myTNB,korang pernah pakai x?

Berbalik kepada topik dkt atas,aplikasi myTNB dibangunkan oleh TNB  bagi memudahkan korang untuk menyemak dan membuat bayaran bil elektrik.Ye la kan,time pkp mcm ni,susah kot nk bayar bil manual.


Korang boleh download aplikasi myTNB ni dkt google play.lepas tu kena register,x kisah la korang owner atau penyewa.nanti dekat situ ada tulis.lepas tu masukkan no bil korang.nanti korang sign in lepas tu boleh la view bil korang tu.Senang nak buat anggaran penggunaan elektrik korang.

Bagi saya,aplikasi myTNB memang senang pakai dan simple,untuk penggunaan bulan 3,korang boleh semak dia akan sama dengan penggunaan bulan 2 sebab pkp hari tu kan.tapi tnb dah maklumkan akan membuat adjustment pada bil berikutnya.

Statistik penggunaan akan dipaparkan macam dekat atas.(Penggunaan sy sikit je sebab x pakai bnyk elektrik). Apa-apa pun terbaik dan memudahkan pengguna membuat semakan dan bayaran (kadang-kadang bil lambat sampai rumah).

Perintah Kawalan Pergerakan PKP dilanjutkan lagi

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Petang tadi kita telah mendengar pengumuman khas oleh Perdana Menteri kita.

Mungkin sebelum ni ramai yang tertanya-tanya samada PKP yang dijangka bakal berakhir 14 April ni dilanjutkan lagi atau tidak.So,menerusi pengumuman Perdana Menteri tadi,PKP akan dilanjutkan lagi sehingga 28hb April ni.

Langkah ini bertujuan bagi mengawal dan memastikan covid-19 berada di tahap sifar.Mungkin juga ramai yang sudah berasa bosan atau stress di rumah atau mungkin juga ada suka berada dirumah.Ye la,sapa yang tak risau kan takut kena virus ni.
Nak tak nak,kita kena  memastikan rantaian covid-19 ni terputus,barulah kita boleh menang dalam peperangan menghadapi virus ini dan boleh teruskan kehidupan seperti biasa.(Mungkin ada yang dah ketagih nak lepak mamak.hehehe)

Untuk makluman,Covid-19 ni melibatkan seluruh negara dan banyak negara telah melakukan lockdown,Malaysia juga tidak ketinggalan mengambil langkah yang tepat & cepat telah diambil oleh Malaysia untuk mengekang penularan covid ni.Malaysia merupakan antara negara yang dapat mengawal covid ni.Kerjasama daripada semua rakyat Malaysia mungkin akan dapat memutuskan rantaian covid ni.

#kitajagakita #stayathome #dudukrumah

Jana duit dengan Google Adsense (Beginner)


Jana duit dengan Google Adsense (Beginner)

Mesti ramai yang pernah dengar Google Adsense kan.Dia merupakan satu pengiklanan yang ditawarkan oleh google kepada kita.Google adsense boleh diletakan di mana-mana platform contohnya youtube,games dan blog. Dan…ramai blogger menggunakan google adsense ni untuk menjana duit.


Bayaran Google Adsense ni pula dibayar mengikut kiraan tertentu dan dibayar dalam currency USD.Tapi untuk blogger,korang kena pastikan income 100USD keatas.Dan bayaran tersebut akan dibuat setiap 21hb.
So,berapa sebenarnya yang Google Adsense ni bayar dekat korang kalau kita letak iklan??Ok,secara kasarnya bergantung kepada beberapa jenis antaranya:

  • ·         Banner Ads – per/click 0.01 USD
  • ·         Video Ads- Antara 0.15 USD hingga 0.25 USD
  • ·         Ads Impression-setiap 1000 views-0.035 USD




Untuk blog,pastikan korang ada blog sendiri,then korang sign up google adsense,linkkan ke blog korang,lepas tu tunggu google approve untuk letak ads korang tu.Ha,dekat blog pulak korang pastikan ada ruang untuk letak iklan dan settingkan untuk automatic ads,senang nanti google yang akan uruskan placement untuk iklan korang tu.

Untuk pastikan korang dapat full payment,pastikan artikel korang tu relevan,menarik minat,mempunyai info terkini. Saya pun sebenarnya baru belajar dan sedang explore lagi Google Adsense ni.Nanti saya akan update lagi informasi yang terkini

Baofeng bf888s review dan ulasan, berbaloi ke?

Assalamualaikum,

Berbalik kepada topik hari ni,baofeng bf888s berbaloi ke?maybe ramai beginner walkie talkie tertanya-tanya kan,dari segi ketahanan,batery & lain-lain.

Berdasarkan pengalaman saya(xde lama sangat,haha) yang pakai walkie ni.Saya mula terjebak untuk main walkie talkie ni sejak ada group konvoi.Sebelum pakai walkie ni,banyak jugak walkie yang sy survey dulu dan saya agak tertarik dengan bentuk dan harga yang ada pada walkie ni.Baofeng bf888s boleh dikatakan antara walkie talkie yang terbaik dan berbaloi untuk dimiliki.(Terbaiklah baq ang..haha).Sebab apa sy cakap berbaloi.Jom tengok bawah.

1)Harga
-Harga walkie talkie baofeng bf888s adalah antara ya g termurah(dapat sepasang pulak tu),nak beli satu pun boleh.Range harga masa sy beli dulu dlm rm90 sepasang.murah kan..tu pun jenuh cari merata tempat.

2)Ketahanan
-Bab ni penting,dah ada walkie mesti la nk yang tahan lama dan lasak kan.Walkie ni biasa org pakai untuk aktiviti lasak.Kalau untuk konvoi & acara memang lagi tahan lama la.kira kalau walkie jatuh pun ok lagi.macam nokia 3310 dulu.haha

3)Batery
-Batery untuk walkie ni boleh dikatakan agak baik,sebabnya ikut pengalaman sy pakai,kita charge skali je bagi penuh.then boleh pakai dalam sehari lebih jgk.(Heavy use).kalau lite use memang lgi lama la.,silap2 boleh smpai seminggu.haha.Charger dia pun senang pakai.

4)Range & coverage
-Range untuk walkie baofeng bf888s pun agak jauh.Biasanya macam sy pakai masa konvoi range dalam 3-5km masih clear lagi.Bergantung kepada tempat dan kelapangan.Kalau jalanraya kan dia kawasan terbuka,so range dia memang jauh.kalau kawasan tertutup dia agak slow skit la

5)Aksesori
-Dah harga murah,aksesori dia pun sama jgk la..haha.aksesori yang sy ada untuk baofeng ni macam earphone,mic push to talk(ptt),car charger(pakai untuk konvo,long antenna(lagi jauh jarak).Harga untuk aksesori x mahal sangat,earphone boleh dapat dalam rm10 satu,push to talk tu x silap sy dalam rm15-20 mcm tu.

6)Legal
-Untuk walkie talkie baofeng bf888s ni,korang x payah apply untuk exam RAE(Radio Amateur Exam) pun dan ambk callsign.Free je & legal dipakai,tapi jangan la guna untk tujuan x elok ye.Sebab tu kita tengok ramai yang pakai walkie ni.

7)User friendly
-Walkie talkie baofeng ni memang sangat user friendly,butang dia pun senang je.Ada 2 butang pusing dekat atas,satu untuk adjust channel(ada 16 channel), satu lagi untuk on off dan volume.Simple kan,dkt tepi dia ada butang push to talk dan sebelah lagi untuk masukkan earphone.

Bagi sy memang betul-betul berbaloi la untuk beginner & sesiapa yang nak mula main walkie ni.Sy pun simpan dan pakai bila ada keperluan.Kalau dah minat teruskan je beli walkie ni.hehe.Sekarang rasanya harga walkie ni dh murah dah.





Bantuan Prihatin Dah Masuk

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Minggu ni mesti ramai yg menunggu duit BPN(Bantuan Prihatin Nasional) dah masuk ke belum.Ada jugak yg setiap hari pergi check dkt machine atm. 

Untuk makluman,minggu lepas dah ada pengumuman Bantuan Prihatin Nasional ni masuk bermula 6 april 2020 secara berperingkat.Mungkin ada yang dah masuk awal,tapi rasanya dalam minggu ni mungkin ramai yang dah masuk.

Sy dapat info,semakan bantuan prihatin ni nak tau masuk ke x,kita boleh semak dkt website bpn lhdn.
Just masukkan no ic,tekan pengesahan nanti akan keluar la jumlah lulus bantuan,kalau duit dah masuk,dia akan keluar status berjaya kredit.Untuk makluman juga(bagi yang berkeluarga),duit BPN tu akan masuk ke akaun orang rumah ye.huhu.

Pada pendapat sy,kalau untk warga emas atau orang yang x ada kemudahan internet,mntk tolong anak-anak atau org yang ada akses kemudahan internet tolong semakkan,sebab agak kesian jgk diorang nak kena ulang alik ke atm untuk buat semakan.kalau yang dh masuk ok la berbaloi jgk(lama jugak nak beratue untuk ambk duit dkt atm machine),bayangkan kalau dah beratur lama,duit tu x masuk lagi.emm,memang agak hampa jgk la kan.

Oh ye,yang saya punya pun baru masuk,tu pun terpikir nak semak online semalam 9hb april Bank Simpanan Nasional.So,lega la sikit belanja dapur bulan ni.Pada yang dah dapat duit tu,berhemahla berbelanja ye.

Basuh sayur dengan sabun

Assalamualaikum & salam sejahtera,

Berbalik kepada topik,perlu ke basuh sayur dengan sabun?Ye la,kan PKP(Perintah Kawalan Pergerakan) mesti ramai yang risau virus Corona atau Covid-19 ni kan.Kot-kot virus tu melekat dkt sayur dan tidak hilang.

Jom tgk dekat maklumat bawah,sy sempat screenshot tadi

 
So,jelaskan,sayur yang dibeli,kita basuh dan bilas dengan air bersih.Tapi memang dkt pasaran ada jual sabun khas untuk basuh sayur.Kalau pakai sabun basuh pinggan biasa..memang memudaratkan la.huhu

Bantuan Prihatin Nasional (BPN) Diagihkan Awal

Assalamualaikum & Salam sejahtera,

Seperti yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri,Bantuan Prihatin Nasional (BPN) yang bertujuan membantu dan melindungi kebajikan rakyat akan mula diagihkan bermula 6 april 2020 secara berperingkat.

 
Bantuan Prihatin Nasional pada mulanya diumumkan akan diagihkan pada pertengahan april sehinggal akhir april ini,tetapi semalam saya tengok ada yang update bantuan akan mula diagihkan bermula isnin ini 6 april 2020 secara berperingkat.

So,mungkin ada yang tidak tahu untuk semak status atau tidak menerima sms status bantuan ini,bawah ni saya sertakan link untuk semakan samada anda dapat atau tidak bantuan ini.



Stepnya mudah je..masukkan no ic dan akan keluar status samada layak atau tidak beserta jumlah bantuan.

Psst: Dah dapat bantuan prihatin tu,gunakanlah secara bermanfaat dan tidak membazir.

Cara Instant Transfer BSN(Bank Simpanan Nasional)

Assalamualaikum & salam sejahtera,

Ok,untuk post kali ni,saya nak share cara macam mana nak buat instant transfer daripada bank bsn(bank simpanan nasional) ke bank lain.

Kalau kita biasa login mybsn,dkt menu transfer memang bsn xde menu untuk item transfer.So macam mana nak buat instant transfer ye..

Ok,senang je.untuk makluman korang,untuk buat instant transfer,korang kena g atm bsn atau atm yg ada meps.

Step first,masukkan kad bsn,kemudian masukkan no pin

Step kedua,pilih pindahan segera

Step ketiga,masukkan jumlah yang kita nak transfer

Step keempat,masukkan bank penerima,kalau xde paparan bank,pilih butang lagi cari sampai jumpa bank penerima

Step kelima,masukkan no rujukan(boleh create sendiri)

Step keenam,masukkan no akaun penerima,lepas tu pilih confirm.make sure nama penerima betul,lepas tu tekan confirm.

Dah selesai..so nanti dia akan print resit..korang simpan la resit tu nanti

Senang je sebenarnya,sy pun asalnya x tau sangat,tapi refer dekat kawan2 baru faham.hehe.

Free Data Celcom Kawalan Pergerakan Covid-19

Assalamualaikum,

Seperti yang kita ketahui,kerajaan mengumumkan syarikat telco akan memberi data percuma kepada semua pelanggan sepanjang tempoh kawalan pergerakan ni bermula 1 april 2020 ni.

So,saya telah menggunakan celcom dan telah menyemak di apps celcom life.


Setiap pelanggan akan mendapat 1gb free data setiap hari yang boleh digunakan antara jam 8 pagi hingga 6 petang.Ok la tu kan,dapat jgk layan youtube,facebook,surfing internet dan siapkan tugas2 yang memerlukan data.So,gunakanlah free sata tu dengan sebaiknya.hehe.

Setakat ni,sy pakai celcom jarang ada masalah line tergendala(kadang2 je sebab naiktaraf).Line celcom ni bagi sy agak laju jugak sebenarnya.

Kuarantin Covid-19 Hari Kelima

Assalamualaikum,

Ok,masuk hari kelima dah kuarantin ni,so apa aktiviti korang dkt rumah? :-) Harini tentera pun bekerjasama dgn polis untuk memastikan korang mematuhi perintah kawalan pergerakan.

Hari ni jugak x silap saya kes covid dh bertambah ke 1300 lebih org.So make sure korang berhati2 ye.

So,smlm sy pun dapat sms daripada MKN(Majlis Keselamatan Negara) mcm di bawah ni

Ada jugak beberapa gambar yg sy dapat snap daripada kawan2 dan fb.

So,kita lihat betapa seriusnya wabak covid-19 ni,diharapkan korang berhati2 kalau terpaksa keluar.

Buatlah aktiviti berfaedah sepanjang cuti kuarantin ni dekat rumah.

huhu...kalau makan tido je,kemungkinan mcm ni la 1 april nanti.

Okey la..setakat ni dulu untuk hari ni..esok sy akan update lagi.

Stay tunes guys


Fakta Corona Virus(Covid-19)

Assalamualaikum,

Harini dh masuk hari ke-3 perintah kawalan pergerakan,saya harap korang semua patuh kepada arahan tersebut :-) 


Ok,semalam semasa scroll2 facebook sy sempat la snap fakta berkaitan covid-19 ni.Jom tgk..klik gambar k

Dan dekat bawah ni kenapa kita kena kerap basuh tangan semasa virus covid ni berleluasa.

 Apapun untuk lebih kepastian korang boleh tnya/refer kepada KKM


Perintah Kawalan Pergerakan (Covid-19) First day

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Hari ni saya baru sempat untuk buatkan post ni,
Hari ni 18hb mac 2020 hari pertama perintah kawalan pergerakan.Dekat tempat saya boleh nampk suasana agak lengang daripada biasa.Tapi ada jugak yang sengaja tidak mengikut perintah kawalan tersebut.(Lepak ramai2). Perintah ni sebenarnya untuk memutuskan rantaian penyakit ni.maksudnya kita x nak penyakit ni berjangkit dkt org lain.Kita sendiri pun x pasti samada kita dijangkiti atau tidak,so gunakan perintah kawalan pergerakan ni untuk kuarantinkan diri & keluarga.Perintah ni maksudnya bukan x boleh keluar terus,boleh je kalau nak kluar beli keperluan asas seperti makanan.cuma kena ikut prosedur2 yang betul untuk elakkan jangkitan.Contohnya,ketua keluarga sahaja keluar beli barang(jangan la bawa anak bini skali),lepas sentuh barang,pintu atau apa2 benda yang terdedah untuk awam,sanitizekan tangan,pastikan sentiasa pakai mask,serta jarakkan sekurang-kurangnya satu meter
Semalam,kita tengok ramai orang bersesak2 di balai polis untk dapatkan permit keluar negeri.Kita kena faham,kuarantin ni maksudnya nak elakkan kita contact dengan ramai orang.
Dan hari ini,polis selangor telah melancarkan operasi Ops Covid-19 bagi memastikan orang ramai mengikut arahan perintah kawalan pergerakan.


Virus Covid-19 ni sangat bahaya dan patut dipandang serius,sebab jika libatkan kematian:

So nampak x,family semua x boleh jumpa kita lepas disahkan positif Covid-19 ni.Kalau libatkan kematian lagi la kesian.

So,kita patut mengambil langkah berjaga2,jaga kebersihan diri dan sentiasa pastikan mengikut arahan2 semasa yang dikeluarkan oleh Kementerian  
Kesihatan Malaysia.

Recovered Corona Virus Victim (Covid-19)-Pengalaman orang kena Corona Virus

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Jom saya kongsikan 2 video daripada youtube macam mana pengalaman mereka yang pernah kena CoronaVirus (Covid-19).




Coronavirus (Covid-19)-macam mana corona virus serang kita

Assalamualaikum,

Jom tengok video ni macam mana  CoronaVirus (Covid-19) ni serang badan kita dan beri kesan dekat badan kita


pssst:Pastikan tahap kebersihan kita dikawal dan rajinkan basuh tangan/hand sanitizer

Perintah Kawalan Pergerakan (Covid-19)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Semalam Perdana Menteri Malaysia, telah membuat pengumuman mengenai Perintah Kawalan Pergerakan yang bermula 18 Mac 2020 hingga 31 Mac 2020. berikutan peningkatan kes COVID -19 yang berlaku mendadak sehingga 553 orang semalam.Langkah ini diambil bagi mencegah penularan wabak ini



Antara intipati Perutusan Khas Perdana Menteri adalah seperti berikut:

Klik Untuk Besarkan

Klik Untuk Besarkan
psst..jangan buat pembelian panik dah la..huhu..semalam saya tengok dekat pasaraya semua penuh2..


Sampai licin tu..hehe

Teknik masak steak daging versi simple

Assalamualaikum,

Hari ni saya akan tunjukkan macam mana nak masak steak daging(Simple Teknik).Hehe..

Steak daging ni sebenarnya senang je nk buat dan memang sedap. :-p

Bahan2:
Daging (Siap potong)-jangan tebal & nipis sangat
Garam
Lada hitam(Serbuk boleh,tumbuk pun boleh)

Daging dah potong

Taburkan garam dengan lada hitam secukup rasa
Pakai serbuk lada senang skit

Caranya: 

1.Taburkan serbuk lada hitam dengan garam secukup rasa( saya pakai serbuk sebab senang)
2.Perapkan sekejap sekurang-kurangnya dalam 15-30 minit
3.Kemudian panaskan api dalam kuali(lagi bagus jenis non stick pan),minyak masukkan skit je,
4.Letakkan daging,rajin2kan terbalik2kan daging tu.tapi jangan terlalu lama sebab x nak daging tu keras sangat.agak2 dah cukup masak je sebab kita nakkan daging tu juicy.
5.Dah siap bolehlah angkat daging dan makan(cicahkan dengan sos pun sedap)


Review Perodua Bezza 2020 (Review Pendek)

Perodua Bezza 2020 sedan kompak telah telah diberikan beberapa facelift oleh Perodua daripada segi keselesaan,keselamatan.bumper depan dan belakang  yang baru (yang penting,bezza baru ni x tonggek dah), serta spec engine.

Tagline Bezza 2020 #lebihpadu


Ramai yang comparekan perodua bezza dengan proton saga.Ok,untuk Bezza 2020 ni,didatangkan dengan 2 varian engine iaitu 1.0 dan 1.3.Untuk model 1.0 didatangkan dengan transmisi manual dan auto manakala untuk model 1.3 pula hanya didatangkan dengan transmisi auto sahaja.

Muka depan

Belakang bezza
Seat depan 

Untuk engine 1.0,bezza menghasilkan sebanyak 91 tork manakala untuk 1.3 menghasilkan 121 tork.Model bezza untuk dua varian ni ada 2 airbag.

Macam yang kita semua sedia maklum maklum,kereta perodua merupakan antara kereta yang jimat minyak,penggunaan minyak untuk bezza adalah sebanyak sebanyak 21km/liter-22km/liter.Jimat kan??hehe..


Ok,saya x nak review panjang2 sangat sebab nanti x cukup ruang untuk tulis..huhu.

Pada pendapat saya,saya lebih prefer kepada model 1.3 sebab lebih selesa,bunyi yang kurang bising,serta tambahan kuasa.(maklum la sekarang pakai model 1.0).Bezza ni jugak ikutkan saya kenderaan marhaein yang agak praktikal,senang nak drive dekat pusat bandar,nak parking pun senang,sekarang ada reverse camera.

Oh,lupa untuk mention,untuk bezza 2020 kali ini,seat belakang dah condong skit,dulu memang tegak 90 darjah dan x selesa untuk perjalanan jauh.Ruang bonet bezza memang besar dan sesuai untuk bawa balik banyak luggage kalau nk balik kampung

Sebenarnya bergantung jugak kepada budget untuk membeli sesebuah kenderaan.