Hari ni saya baru sempat untuk buatkan post ni,
Hari ni 18hb mac 2020 hari pertama perintah kawalan pergerakan.Dekat tempat saya boleh nampk suasana agak lengang daripada biasa.Tapi ada jugak yang sengaja tidak mengikut perintah kawalan tersebut.(Lepak ramai2). Perintah ni sebenarnya untuk memutuskan rantaian penyakit ni.maksudnya kita x nak penyakit ni berjangkit dkt org lain.Kita sendiri pun x pasti samada kita dijangkiti atau tidak,so gunakan perintah kawalan pergerakan ni untuk kuarantinkan diri & keluarga.Perintah ni maksudnya bukan x boleh keluar terus,boleh je kalau nak kluar beli keperluan asas seperti makanan.cuma kena ikut prosedur2 yang betul untuk elakkan jangkitan.Contohnya,ketua keluarga sahaja keluar beli barang(jangan la bawa anak bini skali),lepas sentuh barang,pintu atau apa2 benda yang terdedah untuk awam,sanitizekan tangan,pastikan sentiasa pakai mask,serta jarakkan sekurang-kurangnya satu meter
Semalam,kita tengok ramai orang bersesak2 di balai polis untk dapatkan permit keluar negeri.Kita kena faham,kuarantin ni maksudnya nak elakkan kita contact dengan ramai orang.
Dan hari ini,polis selangor telah melancarkan operasi Ops Covid-19 bagi memastikan orang ramai mengikut arahan perintah kawalan pergerakan.
Virus Covid-19 ni sangat bahaya dan patut dipandang serius,sebab jika libatkan kematian:
So nampak x,family semua x boleh jumpa kita lepas disahkan positif Covid-19 ni.Kalau libatkan kematian lagi la kesian.
So,kita patut mengambil langkah berjaga2,jaga kebersihan diri dan sentiasa pastikan mengikut arahan2 semasa yang dikeluarkan oleh Kementerian
Kesihatan Malaysia.
No comments:
Post a Comment