Free Data Celcom Kawalan Pergerakan Covid-19

Assalamualaikum,

Seperti yang kita ketahui,kerajaan mengumumkan syarikat telco akan memberi data percuma kepada semua pelanggan sepanjang tempoh kawalan pergerakan ni bermula 1 april 2020 ni.

So,saya telah menggunakan celcom dan telah menyemak di apps celcom life.


Setiap pelanggan akan mendapat 1gb free data setiap hari yang boleh digunakan antara jam 8 pagi hingga 6 petang.Ok la tu kan,dapat jgk layan youtube,facebook,surfing internet dan siapkan tugas2 yang memerlukan data.So,gunakanlah free sata tu dengan sebaiknya.hehe.

Setakat ni,sy pakai celcom jarang ada masalah line tergendala(kadang2 je sebab naiktaraf).Line celcom ni bagi sy agak laju jugak sebenarnya.

Kuarantin Covid-19 Hari Kelima

Assalamualaikum,

Ok,masuk hari kelima dah kuarantin ni,so apa aktiviti korang dkt rumah? :-) Harini tentera pun bekerjasama dgn polis untuk memastikan korang mematuhi perintah kawalan pergerakan.

Hari ni jugak x silap saya kes covid dh bertambah ke 1300 lebih org.So make sure korang berhati2 ye.

So,smlm sy pun dapat sms daripada MKN(Majlis Keselamatan Negara) mcm di bawah ni

Ada jugak beberapa gambar yg sy dapat snap daripada kawan2 dan fb.

So,kita lihat betapa seriusnya wabak covid-19 ni,diharapkan korang berhati2 kalau terpaksa keluar.

Buatlah aktiviti berfaedah sepanjang cuti kuarantin ni dekat rumah.

huhu...kalau makan tido je,kemungkinan mcm ni la 1 april nanti.

Okey la..setakat ni dulu untuk hari ni..esok sy akan update lagi.

Stay tunes guys


Fakta Corona Virus(Covid-19)

Assalamualaikum,

Harini dh masuk hari ke-3 perintah kawalan pergerakan,saya harap korang semua patuh kepada arahan tersebut :-) 


Ok,semalam semasa scroll2 facebook sy sempat la snap fakta berkaitan covid-19 ni.Jom tgk..klik gambar k

Dan dekat bawah ni kenapa kita kena kerap basuh tangan semasa virus covid ni berleluasa.

 Apapun untuk lebih kepastian korang boleh tnya/refer kepada KKM


Perintah Kawalan Pergerakan (Covid-19) First day

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Hari ni saya baru sempat untuk buatkan post ni,
Hari ni 18hb mac 2020 hari pertama perintah kawalan pergerakan.Dekat tempat saya boleh nampk suasana agak lengang daripada biasa.Tapi ada jugak yang sengaja tidak mengikut perintah kawalan tersebut.(Lepak ramai2). Perintah ni sebenarnya untuk memutuskan rantaian penyakit ni.maksudnya kita x nak penyakit ni berjangkit dkt org lain.Kita sendiri pun x pasti samada kita dijangkiti atau tidak,so gunakan perintah kawalan pergerakan ni untuk kuarantinkan diri & keluarga.Perintah ni maksudnya bukan x boleh keluar terus,boleh je kalau nak kluar beli keperluan asas seperti makanan.cuma kena ikut prosedur2 yang betul untuk elakkan jangkitan.Contohnya,ketua keluarga sahaja keluar beli barang(jangan la bawa anak bini skali),lepas sentuh barang,pintu atau apa2 benda yang terdedah untuk awam,sanitizekan tangan,pastikan sentiasa pakai mask,serta jarakkan sekurang-kurangnya satu meter
Semalam,kita tengok ramai orang bersesak2 di balai polis untk dapatkan permit keluar negeri.Kita kena faham,kuarantin ni maksudnya nak elakkan kita contact dengan ramai orang.
Dan hari ini,polis selangor telah melancarkan operasi Ops Covid-19 bagi memastikan orang ramai mengikut arahan perintah kawalan pergerakan.


Virus Covid-19 ni sangat bahaya dan patut dipandang serius,sebab jika libatkan kematian:

So nampak x,family semua x boleh jumpa kita lepas disahkan positif Covid-19 ni.Kalau libatkan kematian lagi la kesian.

So,kita patut mengambil langkah berjaga2,jaga kebersihan diri dan sentiasa pastikan mengikut arahan2 semasa yang dikeluarkan oleh Kementerian  
Kesihatan Malaysia.

Recovered Corona Virus Victim (Covid-19)-Pengalaman orang kena Corona Virus

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Jom saya kongsikan 2 video daripada youtube macam mana pengalaman mereka yang pernah kena CoronaVirus (Covid-19).




Coronavirus (Covid-19)-macam mana corona virus serang kita

Assalamualaikum,

Jom tengok video ni macam mana  CoronaVirus (Covid-19) ni serang badan kita dan beri kesan dekat badan kita


pssst:Pastikan tahap kebersihan kita dikawal dan rajinkan basuh tangan/hand sanitizer

Perintah Kawalan Pergerakan (Covid-19)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Semalam Perdana Menteri Malaysia, telah membuat pengumuman mengenai Perintah Kawalan Pergerakan yang bermula 18 Mac 2020 hingga 31 Mac 2020. berikutan peningkatan kes COVID -19 yang berlaku mendadak sehingga 553 orang semalam.Langkah ini diambil bagi mencegah penularan wabak ini



Antara intipati Perutusan Khas Perdana Menteri adalah seperti berikut:

Klik Untuk Besarkan

Klik Untuk Besarkan
psst..jangan buat pembelian panik dah la..huhu..semalam saya tengok dekat pasaraya semua penuh2..


Sampai licin tu..hehe

Teknik masak steak daging versi simple

Assalamualaikum,

Hari ni saya akan tunjukkan macam mana nak masak steak daging(Simple Teknik).Hehe..

Steak daging ni sebenarnya senang je nk buat dan memang sedap. :-p

Bahan2:
Daging (Siap potong)-jangan tebal & nipis sangat
Garam
Lada hitam(Serbuk boleh,tumbuk pun boleh)

Daging dah potong

Taburkan garam dengan lada hitam secukup rasa
Pakai serbuk lada senang skit

Caranya: 

1.Taburkan serbuk lada hitam dengan garam secukup rasa( saya pakai serbuk sebab senang)
2.Perapkan sekejap sekurang-kurangnya dalam 15-30 minit
3.Kemudian panaskan api dalam kuali(lagi bagus jenis non stick pan),minyak masukkan skit je,
4.Letakkan daging,rajin2kan terbalik2kan daging tu.tapi jangan terlalu lama sebab x nak daging tu keras sangat.agak2 dah cukup masak je sebab kita nakkan daging tu juicy.
5.Dah siap bolehlah angkat daging dan makan(cicahkan dengan sos pun sedap)


Review Perodua Bezza 2020 (Review Pendek)

Perodua Bezza 2020 sedan kompak telah telah diberikan beberapa facelift oleh Perodua daripada segi keselesaan,keselamatan.bumper depan dan belakang  yang baru (yang penting,bezza baru ni x tonggek dah), serta spec engine.

Tagline Bezza 2020 #lebihpadu


Ramai yang comparekan perodua bezza dengan proton saga.Ok,untuk Bezza 2020 ni,didatangkan dengan 2 varian engine iaitu 1.0 dan 1.3.Untuk model 1.0 didatangkan dengan transmisi manual dan auto manakala untuk model 1.3 pula hanya didatangkan dengan transmisi auto sahaja.

Muka depan

Belakang bezza
Seat depan 

Untuk engine 1.0,bezza menghasilkan sebanyak 91 tork manakala untuk 1.3 menghasilkan 121 tork.Model bezza untuk dua varian ni ada 2 airbag.

Macam yang kita semua sedia maklum maklum,kereta perodua merupakan antara kereta yang jimat minyak,penggunaan minyak untuk bezza adalah sebanyak sebanyak 21km/liter-22km/liter.Jimat kan??hehe..


Ok,saya x nak review panjang2 sangat sebab nanti x cukup ruang untuk tulis..huhu.

Pada pendapat saya,saya lebih prefer kepada model 1.3 sebab lebih selesa,bunyi yang kurang bising,serta tambahan kuasa.(maklum la sekarang pakai model 1.0).Bezza ni jugak ikutkan saya kenderaan marhaein yang agak praktikal,senang nak drive dekat pusat bandar,nak parking pun senang,sekarang ada reverse camera.

Oh,lupa untuk mention,untuk bezza 2020 kali ini,seat belakang dah condong skit,dulu memang tegak 90 darjah dan x selesa untuk perjalanan jauh.Ruang bonet bezza memang besar dan sesuai untuk bawa balik banyak luggage kalau nk balik kampung

Sebenarnya bergantung jugak kepada budget untuk membeli sesebuah kenderaan.

Isu CORONA VIRUS- COVID-19

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


  Awal tahun 2020 hari tu,kita dikejutkan dengan virus baru Novel Coronavirus (COVID-19),
Novel  tu sendirinya bermaksud baru di mana virus ini adalah satu penemuan virus baru dan virus ini bermula di Wuhan,China.

So,kita tengok apa itu CORONA VIRUS.

Klik untuk besarkan
Covid-19 ini telah diisytiharkan  sebagai wabak pandemik oleh WHO (World Health Organization),bermaksud wabak ini berskala besar dan tersebar ke serata dunia.

Jom tengok dekat bawah perbezaan antara Endemik,Epidemik dan Pandemik:


Terdapat beberapa simptom dan cara virus Covid-19 ini tersebar:


So,bagi korang yang suka atau terpaksa ke pusat tumpuan ramai,pastikan mengambil beberapa langkah berjaga-jaga.

Langkah Pencegahan Di Tempat Kerja

Langkah Pencegahan Di Sekolah

Langkah Pencegahan Di Pusat Beli Belah
Untuk langkah pencegahan juga,korang kena la rajin basuh tangan dan sediakan hand sanitizer.

So,itu sahaja dulu untuk post saya berkenaan COVID-19 ni,nanti saya akan updatekan semula :-)

#kredit to KKM(Kementerian Kesihatan Malaysia)

Jom Join Kelas Shopee Online

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Sudah lama saya tidak update post,

Baiklah,kali ini saya akan kongsikan bagaimana untuk join kelas shopee daripada Mr. K.



Kelas shopee ini sangat sesuai jika:

  • Pening Cara Nak Daftar Dan Mulakan Account Shopee
  • Tak Tahu Cara Terbaik Upload Produk.
  • Tiada PRODUK 
  • Tiada Pengalaman LANSUNG Pasal Online Sales.
  • SERABUT nak Cari Copy Writting Produk.
  • STRESS Nak Cari Photo Produk dan Edit.

dan yang menarikknya kelas ini dibuat secara online sahaja menggunakan telegram.

Harga kelas online ni hanya RM39 dan sangat berbaloi dengan ilmu yang akan dipelajari

Berminat boleh je klik link ni